Kerajaan mahu pensyarah, profesor bersedia jadi pakar

Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga akademik dan bukan akademik Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta penyampaian tawaran Program Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) Yayasan Tenaga Nasional di Dewan Canselor UMS di sini, hari ini.
Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga akademik dan bukan akademik Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta penyampaian tawaran Program Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) Yayasan Tenaga Nasional di Dewan Canselor UMS di sini, hari ini.
A
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan mahu pensyarah dan profesor di semua peringkat harus bersedia menjadi pakar dalam bidang masing-masing serta menjadi tersohor kepada universiti, negara dan masyarakat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata,kekurangan pakar yang ingin mempamerkan diri menyebabkan negara masih belum mampu mengeluarkan ‘Nobel Laureate’.

“Sahutlah cabaran saya agar Institut Pengajian Tinggi (IPT) mula bersaing menganjurkan aktiviti- aktiviti yang boleh menghasilkan ‘Nobel Laureate’ yang boleh menjadi kebanggaan negara dan dunia.

“Dalam hal ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu bersama-sama dengan semua IPT untuk melihat semula pelan-pelan yangdibangunkan sebelum ini untuk diperkasa dan diperkukuhkan bagi menghasilkan cendekiawan yang boleh diiktiraf sebagai seorang ‘Nobel Laureate’,” katanya ketika berucap di Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga akademik dan bukan akademik Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta penyampaian tawaran Program Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) Yayasan Tenaga Nasional di Dewan Canselor UMS di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad; Menteri Kanan Perdagangan Antabangsa Dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Majlis penyampaian tawaran Program Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) Yayasan Tenaga Nasional di Dewan Canselor UMS di sini, hari ini.
Majlis penyampaian tawaran Program Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) Yayasan Tenaga Nasional di Dewan Canselor UMS di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan sentiasa komited untuk memastikan hasrat pembangunan inklusif dalam kalangan masyarakat dapat dicapai.

“Selaras dengan itu, strategi pembangunan yang dilaksanakan akan memberi fokus kepada golongan berpendapatan rendah serta keseimbangan pembangunan antara wilayah termasuk Sabah dan Sarawak bagi memastikan pembangunan yang inklusif dapat kita wujudkan selaras dengan Hasrat Wawasan Kemakmuran Bersama.

Artikel Berkaitan:

“Kita sedia maklum kepentingan pelaburan modal insan dalam pengajian tinggi namun keupayaan kerajaan adalah terhad kerana kos dilaburkan adalah sangat tinggi,” katanya.

Justeru katanya, model pembiayaan pendidikan di peringkat pengajian tinggi perlu dipelbagaikan dengan kerjasama semua pihak terutama dalam aspek penajaan khususnya daripada sektor korporat, swasta dan syarikat berkepentingan kerajaan.

“Kerjasama ini boleh diberikan dalam bentuk penajaan pendidikan mahupun dalam bentuk 'in kind' seperti peluang latihan industri, penyelidikan dan perkongsian kepakaran,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, Muhyiddin mengumumkan bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan meneruskan komitmen untuk memberi penajaan melalui MyBF kepada 2,500 orang pelajar baharu setiap tahun sehingga tahun 2022.

“Mewakili kerajaan Malaysia, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada TNB atas komitmen yang diberikan untuk memastikan agenda pengajian tinggi negara terus terlaksana. Kepada para penerima dermasiswa, gunakanlah sebaik-baiknya peluang ini untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya dan seterusnya membina keupayaan untuk mentranformasi diri dan keluarga ke arah kesejahteraan,” katanya.

Program MyBF memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera dari keluarga berpendapatan rendah dari seluruh Malaysia yang mengikuti pengajian dalam bidang atau kursus tertentu.

Sehingga kini, seramai seramai 315 orang pelajar dari Sabah diberi penajaan melibatkan 225 orang pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, 70 orang pelajar sedang melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan bakinya sebanyak 20 orang sedang belajar di peringkat sijil.

Bidang pengajian yang diikuti adalah pelbagai dan berpandukan core business TNB seperti kejuruteraan dan teknikal. Pada tahun ini, sejumlah 154 orang pelajar dari Sabah akan ditawarkan penajaan dermasiswa MyBF di pelbagai peringkat pengajian.