X

Kindly register in order to view this article
!

Bayi tujuh hari putus tangan digigit anjing

Seorang bayi perempuan putus sebelah tangan akibat dicederakan seekor anjing peliharaan di Bacahang, Selasa lalu. - Gambar hiasan 123RF (Mohd Nor Yhazid)
A
A

MELAKA TENGAH - Seorang bayi perempuan berusia tujuh hari putus sebelah tangan akibat dicederakan seekor anjing peliharaan di rumahnya di Bachang di sini pada Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa yang dipercayai mengalami demam kuning diletakkan di ruang tamu berhampiran pintu jeriji oleh ibu saudaranya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, sebelum itu bayi berkenaan baru diberikan susu oleh ibunya dan kemudian ibu saudara membantu menjemur bayi terbabit berhampiran pintu jeriji besi bagi mendapatkan sinaran matahari memandangkan dia mengalami masalah kekuningan.

Bagaimanapun katanya, anjing peliharaan milik suami kepada wanita itu mencederakan bayi berkenaan yang dibiarkan bersendirian di ruang tamu hingga mengalami kecederaan parah di tangan.

"Ibu saudaranya meninggalkan sebentar bayi itu bagi mengambil air panas untuk memandikannya.

"Bila kembali semula dia melihat tangan kanan anak saudaranya itu sedang digigit anjing peliharaan suaminya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, bayi itu segera dibawa ke sebuah hospital swasta sebelum diminta ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut namun dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan.

"Siasatan yang dijalankan mendapati anjing terbabit dipercayai daripada jenis 'plott hound' yang dibiarkan tanpa diikat atau dikurung bagi tujuan menjaga kawasan rumah," katanya.

Sehubungan itu, Mohd Nor Yhazid mengingatkan masyarakat agar sentiasa berwaspada apabila berhadapan dengan binatang peliharaan selain perlu mempunyai lesen serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!