Operasi kesan pelancong hilang diteruskan

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pelancong warga Finland, Nikitin Aleksis Elis Valtter, 20, yang dilaporkan hilang di Pulau Tioman sejak 22 Januari lalu diteruskan pagi ini.

Usaha mengesan mangsa yang digerakkan semalam (hari kedua) dihentikan kira-kira jam 6 petang semalam ekoran keadaan cuaca kurang baik.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul berkata, operasi SAR semalam meliputi keseluruhan kawasan carian yang yang telah ditetapkan dari Kampung Paya ke Kawasan Motherwillow dan Japamala resort.

Menurutnya, pada operasi semalam, pihaknya tidak menemui sebarang petunjuk untuk membantu pencarian.

"Operasi SAR akan diteruskan pagi ini di kawasan sekitar Kampung Paya bermula di kawasan tempat tinggal akhir mangsa.

"Pasukan pencarian hilang dipecahkan kepada tiga kumpulan dengan bantuan anjing pengesan," katanya.

Mohd Sani berkata, pihaknya akan menggunakan bot untuk akses ke Mukut.

Mangsa datang ke Kampung Paya pada 21 Januari lalu sebagai pelancong 'backpacker' dan menumpang di rumah seorang penduduk.

Artikel Berkaitan:

Mangsa menyatakan hasrat untuk ke air terjun Kampung Asah, Mukut sebelum kehilangannya.

Mangsa disedari hilang selepas tidak kembali ke rumah yang ditumpangnya tetapi semua barang-barangnya masih ada di situ.