Mayat wanita dibungkus plastik dalam rumah kosong

Mayat seorang wanita warga Indonesia yang dibunuh dengan kejam termasuk leher dikelar ditemui di sebuah rumah kosong dalam kebun durian berhampiran Taman Bertam Impian pada Selasa lalu. Gambar hiasan.
Mayat seorang wanita warga Indonesia yang dibunuh dengan kejam termasuk leher dikelar ditemui di sebuah rumah kosong dalam kebun durian berhampiran Taman Bertam Impian pada Selasa lalu. Gambar hiasan.
A
A
A

MELAKA - Mayat seorang wanita warga Indonesia yang dibunuh dengan kejam termasuk leher dikelar ditemui di sebuah rumah kosong dalam kebun durian berhampiran Taman Bertam Impian pada Selasa lalu.

Mayat mangsa yang berbungkus dengan plastik dipercayai telah dibunuh pada Isnin lalu di antara jam 12.30 tengah malam hingga 7 pagi sebelum diletakkan di bilik belakang rumah yang tidak bernombor itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada anak suspek keesokan selepas hari kejadian yang memaklumkan bapanya disyaki membunuh mangsa dikenalinya itu.

Menurutnya, susulan itu anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka telah menahan lelaki berusia 54 tahun.

Katanya, hasil disoal siasat suspek menunjukkan lokasi mayat dan senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa.

"Hasil pemeriksaan forensik mendapati mayat wanita berkenaan dalam keadaan tidak sempurna, bahagian lutut kaki dipotong dan terdapat kesan kelar di leher.

"Kita telah mengenal pasti senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa selepas suspek menunjukkan sebilah parang panjang yang berada dapur," katanya dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Katanya, punca kejadian masih disiasat dan identiti mangsa belum dikenal pasti.

Artikel Berkaitan:

"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.