Juruteknik Petronas maut motosikal rempuh kenderaan guru

Lokasi kejadian yang meragut nyawa juruteknik Petronas selepas motosikal ditunggangi bertembung dengan sebuah pacuan empat roda, di Kampung Pulau Kerengga, Marang, pagi semalam. - Foto ehsan pembaca Gambar kecil: Muhammad Hariz - Foto ehsan pembaca
Lokasi kejadian yang meragut nyawa juruteknik Petronas selepas motosikal ditunggangi bertembung dengan sebuah pacuan empat roda, di Kampung Pulau Kerengga, Marang, pagi semalam. - Foto ehsan pembaca Gambar kecil: Muhammad Hariz - Foto ehsan pembaca
A
A
A

MARANG - Seorang juruteknik Petronas maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda dipandu seorang guru, di Kilometer 29.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Pulau Kerengga, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Muhammad Hariz Moksin, 30, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di anggota badan.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux yang dipandu seorang guru lelaki berusia 54 tahun dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu.

Mohd Zain Mat Dris
Mohd Zain Mat Dris

"Apabila sampai di lokasi, kenderaan berkenaan dari kaki lima jalan membuat pusingan 'U' dipercayai hendak ke kedai makan yang berada di sebelah kanan.

"Pada masa sama, datang sebuah motosikal ditunggang mangsa dari arah belakang lalu melanggar bahagian sisi sebelah kanan pacuan empat roda tersebut. Akibatnya, mangsa dari Kampung Teluk Ketapang, Kuala Nerus itu cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mohd Zain berkata, pemandu Toyota Hilux jenis 'Single Cab' itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: