DPIM gesa tindakan tegas terhadap pencemar sungai
Iklan
KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan tegas termasuk menutup atau menarik balik lesen operasi kilang di kawasan perindustrian Sungai Gong, Selangor yang menyebabkan pencemaran air.
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Dewan Pemuda DPIM, Shahir Adnan berkata, kejadian Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan LRA Rantau Panjang terpaksa henti operasi sejak Khamis menunjukkan seolah-olah mereka yang mencemar sungai tidak mempedulikan tindakan undang-undang atau tiada penguatkuasaan tegas oleh PBT.