Polis Marin patahkan cubaan seludup minuman keras
Iklan
JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor berjaya menahan seorang lelaki tempatan berumur 48 tahun dan merampas sejumlah 525 karton minuman keras tidak bercukai serta sebuah kenderaan jenis Hyundai dianggarkan bernilai RM441,789 dalam dua serbuan di sekitar Johor Bahru, semalam.
Komandernya, Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah berkata, hasil maklumat diperoleh daripada risikan, kegiatan penyeludupan berkenaan dipercayai bermula dari Stulang Laut dibawa menaiki kenderaan ke tempat simpanan sementara, di premis-premis yang telah ditetapkan sebelum diedar ke pasaran.