13 ditahan merusuh kerana parkir
Iklan
Nor Omar
LUMUT - Sekumpulan 13 lelaki termasuk remaja berusia 16 tahun ditahan selepas didapati merusuh di hadapan Tokong Cina di Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor di sini semalam.
Dalam kejadian sekitar jam 10.15 malam itu, kesemua mereka berusia 16 hingga 50 tahun ditahan anggota Balai Polis Pulau Pangkor dan Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan masalah tempat letak kereta di Jeti Pulau Pangkor.
"Anggota menerima panggilan daripada orang awam mengatakan berlaku pergaduhan di lokasi tersebut.
Iklan
"Tindakan pantas anggota berjaya menahan kesemua suspek. Ada di antara mereka mengalami luka-luka di badan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, kesemua suspek dibawa ke IPD Manjung untuk siasatan lanjut.
Iklan
"Tiada sebarang senjata dirampas di tempat kejadian, namun kesemua mereka direman selama empat hari sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan merusuh,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan"><meta itemprop="description" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #dakwaanbuli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-10T04:37:08.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P97S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbkofdm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbkofdm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbkofdm"></script>