Lagi lelaki maut ditembak dalam tunjuk perasaan AS

Iklan
Anggota polis menangkap seorang lelaki yang berada bersama mangsa yang ditembak mati di Portland pada Sabtu lalu. - Foto AFP

SAN FRANCISCO - Seorang lelaki mati ditembak di bandar raya Portland, kata polis semalam semasa pergaduhan antara para aktivis Black Live Matter dengan penyokong-penyokong Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Beberapa detektif berkata, mereka telah membuka satu siasatan mengenai kes pembunuhan selepas mangsa ditembak di bahagian dada ketika kejadian tembakan tersebut berlaku pada petang Sabtu lalu di bandar negeri Oregon.

Iklan
Iklan

Negeri itu merupakan pusat tunjuk perasaan antikeganasan polis dan antiperkauman yang sebelum ini berlaku selama tiga bulan.

Tembakan itu terjadi selepas seorang remaja, Kyle Rittenhouse, 17, menembak mati dua orang di Kenosha, Wisconsin dalam satu tunjuk perasaan bagi membantah tindakan polis yang menembak mati seorang rakyat Afrika Amerika, Jacob Blake di Portland.

Iklan

Beberapa pegawai polis menerima laporan mengenai beberapa kejadian tembakan berlaku ketika perarakan politik pro-Trump melibatkan ratusan kenderaan di bandar raya Portland.

"Pihak medik kemudian bertindak balas (pergi ke tempat kejadian) dan mendapati mangsa telah meninggal dunia," kata polis di bandar raya itu dalam satu kenyataan.

Iklan

Polis berkata, pihaknya membuat 10 tangkapan walaupun tidak menyatakan dengan jelas sama ada mereka yang ditahan itu ialah kumpulan pro-Trump atau para penunjuk perasaan tersebut. - AFP