Abdul Hadi serah laporan mengenai Timur Tengah kepada PM
Iklan
KUALA LUMPUR - Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang antara lain menerangkan situasi terkini politik dan ekonomi di rantau itu serta impak terhadap kepentingan Malaysia.
Abdul Hadi, dalam hantaran di laman Facebook beliau, berkata, ia juga bertujuan menggariskan peluang kerjasama dalam bidang agama Islam, pelaburan, perdagangan dan pendidikan selaras dengan kepercayaan yang dipertanggungjawabkan kepadanya.