KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terharu apabila menerima sekeping gambar lama daripada seorang pelajar dari Alor Setar, Kedah, yang merakamkan kenangan beliau meraikan kemenangan pertama di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1982.
Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, gambar itu dikongsikan Zahra Mohamad Zelman ketika beliau disapa pelajar itu bersama dengan rakan-rakannya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma di Parlimen hari ini.