Premis proses mi kuning ditutup dua minggu
Iklan
KUALA LUMPUR - Sebuah kilang memproses mi kuning di Bandar Tun Razak di sini diarah tutup setelah pemeriksaan yang dijalankan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati premis berkenaan kotor dan tidak menepati peraturan kebersihan yang ditetapkan, hari ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Dahlan berkata, operasi dijalankan itu mendapati tahap kebersihan premis tidak memuaskan.