Sarawak akur keputusan halang atlet Israel
Iklan
KUCHING - Kerajaan Sarawak akur dengan keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkaitan dengan pendirian Malaysia yang menghalang kemasukan atlet Israel daripada menyertai Kejohanan Renang Para Dunia di Sarawak yang berlangsung dari 29 Julai hingga 4 Ogos depan.
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Hamzah berkata sebagai sebuah negara yang bersatu keputusan tersebut harus dihormati.
Iklan
Iklan
"Ramai yang mempertikaikan perkara tersebut di laman sosial mengatakan Sarawak mempunyai hak imigresen, namun ingin saya tekankan di sini perkara tersebut berkaitan dengan polisi nasional dan kerajaan negeri harus menghormatinya,” katanya semasa sidang media Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2019 di sini,hari ini.
Dr Mahathir dalam laporan sebelum ini sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia tidak dapat menerima atlet Israel walaupun mengundang bantahan Jawatankuasa Olimpik Israel yang memberi tekanan berterusan kepada penganjur agar atlet mereka diberikan visa.
Iklan
Katanya, orang yang tidak diingini di negara kita mestilah dihalang masuk dan ini termasuk mereka yang disyaki menjadi pengganas dan sebagainya.
Dalam perkembangan lain, Karim berkata, AIFFA 2019 yang memasuki edisi empat tahun akan diadakan di Kuching, Sarawak dari 25 hingga 27 Mei.
Iklan
"Acara itu adalah platform bagi mempromosi filem-filem Asean untuk pasaranantarabangsa dan mempermudahkan kerjasama serta jaringan dalam industri filem Asean bagi menyediakan peluang perniagaan kepada pengedar dan pempamer filem.
"Satu lagi objektif AIFFA adalah untuk menarik pelancongan dan pembikin filem ke Malaysia,” katanya.- Bernama
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.