KOTA KINABALU - Sebanyak sembilan sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort terjejas akibat banjir yang melanda daerah itu sejak Rabu.
Sekolah terjejas termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Klias Baru, SK Suasa, SK Lago, SK Mempagar, SK Batu 60, SK Kabajang, SK Jabang, SK Lupak dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Paul.
Iklan
Iklan
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin, berkata semua sekolah tersebut tidak dapat beroperasi buat sementara waktu.
Kesemua sekolah yang terjejas tidak dapat beroperasi dan akan melaksanakan sekolah gantian.
Iklan
"Lapan sekolah terjejas akibat banjir manakala laluan ke SK Lupak juga dinaiki air.
"Kesemua sekolah yang terjejas tidak dapat beroperasi dan akan melaksanakan sekolah gantian," katanya ketika dihubungi pemberita pada Khamis.
Iklan