MERBOK - Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang nelayan dipercayai telah hilang sejak dua hari lalu di Tanjung Dawai, dekat sini.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, mangsa iaitu Lai Yoon Khong,41, dipercayai tidak dapat dihubungi oleh waris mangsa setelah keluar ke laut untuk menangkap ikan pada Rabu lalu.