Ringgit rendah dua hari berturut-turut
Iklan
RINGGIT meneruskan aliran penurunan berbanding dolar AS pada Selasa berikutan pelabur berhati-hati mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua dan pertikaian yang berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan China menjelang rundingan perdagangan mereka pada 15 Ogos ini.
Pada jam 9.31 pagi, unit tempatan berada pada 4.2000/2050 berbanding dolar AS, daripada 4.1930/1980 semasa ditutup pada Isnin.
Iklan
Iklan
Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata, unit tempatan dijangka susut menjelang rundingan perdagangan AS-China pada minggu ini.
"Bagaimanapun, pada amnya, ringgit merosot berbanding dolar US selepas laporan pekerjaan AS yang lebih baik daripada jangkaan pada Jumaat lepas, yang menyaksikan permintaan terhadap dolar US meningkat secara menyeluruh,” katanya.
Iklan
Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan data suku kedua pada Jumaat.
Secara keseluruhannya, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali euro.
Iklan
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0577/0615 daripada 3.0515/0558, berbanding yen Jepun kepada 3.9585/9636 daripada 3.9553/9608 dan berbanding pound kepada 5.4915/4985 daripada 5.4752/4822.
Bagaimanapun, ringgit naik berbanding euro kepada 4.9266/9329 daripada 4.9301/9377 pada Isnin. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>