PETALING JAYA - Dua lelaki bertindak memecut laju kereta dinaiki sehingga melanggar beberapa buah kenderaan lain di tepi jalan dipercayai bagi mengelak ditahan polis yang melakukan sekatan di kawasan Empire Damansara semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pada awalnya kereta jenis Mercedes-Benz dinaiki dua suspek berkenaan ditahan untuk pemeriksaan kira-kira jam 1 petang selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.