Pelitup muka perlu diamal bersama penjarakkan fizikal, cuci tangan

Iklan
Nurul Azmawati

SHAH ALAM - Langkah kerajaan mewajibkan penggunaan pelitup muka di tempat awam dan sesak merupakan langkah yang bagus namun dua lagi amalan iaitu penjarakkan fizikal dan kerap mencuci tangan perlu terus dipraktikkan oleh orang ramai.

Pakar Mikrobiologi Klinikal Universiti Sains Islam Malaysia, Profesor Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed berkata, penggunaan pelitup muka tanpa amalan-amalan berkenaan tetap memberi risiko kepada orang ramai kerana koronavirus (Covid-19) tersebar menerusi rembesan pernafasan.

Iklan
Iklan

"Sebagai contoh jika seseorang yang dijangkiti Covid-19 itu bersin atau bercakap, ia akan mengeluarkan rembesan pernafasan yang mengandungi virus dan ia boleh berterbangan di udara.

"Bagi sesiapa yang berada berdekatan dengan pesakit iaitu sekitar kurang daripada satu meter, individu tersebut akan menyedut udara tercemar itu. Ini kerana rembesan itu boleh berterbangan sekurang-kurangnya satu hingga dua meter. Jika ia jatuh ke atas meja dan orang lain memegang meja berkenaan lalu menyentuh mata, hidung atau mulut ia memberi risiko jangkitan," katanya pada Wacana Sinar Harian Siri 185, Pakai Mask: Selamat atau Sengsara? di sini malam tadi.

Iklan

Beliau berkata, umum mengetahui jangkitan Covid-19 ini boleh berlaku terhadap seseorang itu melalui mata, hidung dan mulut.

"Sebab itu langkah pencegahan terbaik ialah kerap membasuh tangan dan mengamalkan penjarakkan fizikal. Kerap membasuh tangan ini penting kerana virus berkenaan boleh hidup pada permukaan untuk satu tempoh tertentu.

Iklan

"Selain itu penggunaan pelitup muka ini akan menghalang rembesan daripada tersebar di udara. Ada pakar menyatakan pelitup muka tiga lapisan mampu menapis sehingga 95 peratus partikel halus berukuran 0.3 mikron," katanya.

Jelasnya, langkah kerajaan mewajibkan penggunaan pelitup muka sangat tepat kerana jumlah kes postif Covid-19 kembali meningkat.

"Saya ingin ulangi bahawa penggunaan pelitup muka mampu menghalang jangkitan Covid-19 tetapi ia perlu bersekali dengan amalan penjarakkan sosial dan kerap mencuci tangan," katanya.