Subsidi bersasar perlu dilakukan dengan berani, berkesan

Iklan
Mohd Hasbie (dua dari kiri) bersama Indrani (dua dari kanan), Rais Hussin (kanan) dan Ismail (kiri) ketika sesi wacana bertajuk Subsidi Bersasar: Cegah Tiris, Tingkat Hasil pada Rabu. Foto: MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM - Pelaksanaan subsidi bersasar perlu dibuat dengan berani dan berkesan kerana ia mampu memberi penjimatan besar kepada negara, sekali gus memastikan manfaat lebih tepat sampai kepada rakyat.

Ahli Dewan Negara, Mohd Hasbie Muda berkata, antara langkah penting ialah pelaksanaan Budi Madani RON95 (BUDI95) yang dapat menghalang warga asing daripada terus menikmati subsidi negara.

Iklan
Iklan

Mohd Hasbie

“Apabila kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi, jelas sekali bahawa kira-kira 900,000 warga asing yang mempunyai lesen memandu Malaysia tidak lagi boleh menerima subsidi petrol.

Iklan

"Daripada jumlah itu, anggaran penjimatan sekitar RM1.6 bilion setahun berdasarkan harga semasa.

“Bayangkan jika harga minyak mentah dunia naik seperti tahun 2022, kita akan jimat sekitar RM3.5 hingga RM4 bilion hanya dengan tidak memberi subsidi kepada warga asing,” katanya dalam program Wacana Sinar edisi 483 bertajuk Subsidi Bersasar: Cegah Tiris, Tingkat Hasil yang dihoskan oleh Ismail Adnan pada Rabu.

Iklan

Panelis lain yang turut serta ialah Naib Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham dan Pengasas EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff.

Menurut Mohd Hasbie, penyasaran subsidi sebenarnya dipersetujui semua kerajaan sebelum ini termasuk era pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Bezanya sekarang ialah perlunya kerajaan yang berani membuat keputusan tegas dan cekap dalam pelaksanaan.

"Kalau semua setuju subsidi perlu disasar tetapi pelaksanaan cacamarba, ia akan gagal.

“Kerajaan juga mesti mendengar suara semua segmen masyarakat dan turun padang melihat sendiri keadaan rakyat,” ujar beliau.

Pada masa sama, Mohd Hasbie menjelaskan, terlalu banyak program pro rakyat telah dilaksanakan, namun kerajaan perlu membuat penilaian semula terhadap keberkesanan setiap dasar.

“Itu harus menjadi pertimbangan besar, sebab bukan mudah bagi mana-mana kerajaan untuk buat keputusan kerana akhirnya rakyat akan menilai,” katanya.