Agih pelitup muka kepada guru, kakitangan PPD Kuala Selangor
Iklan
Nurul Syazwani (dua dari kiri) bersama jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Tanjong Karang bergambar bersama Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Mohd Azuan Mohd Nawawi (empat dari kanan) pada Majlis Penyerahan Pelitup Muka di PPD Kuala Selangor hari ini.
TANJONG KARANG - Puteri UMNO Bahagian Tanjong Karang menyerahkan sebanyak 10,000 unit pelitup muka kepada guru di 35 sekolah di seluruh Parlimen Tanjong Karang di sini hari ini.
Ahli Puterinya, Nurul Syazwani Noh berkata, sumbangan pelitup muka itu diagihkan kepada guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Agama Menengah (SAM) di Parlimen itu.
Iklan
Iklan
Malah, katanya, pengagihan pelitup muka itu juga diagihkan kepada semua pegawai dan kakitangan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Selangor.
"Pengagihan pelitup muka ini diberikan kepada guru yang merupakan petugas barisan hadapan, tetapi sekiranya pihak sekolah ada lebihan pelitup muka dan ingin diberikan kepada murid atau pelajar terpulang kepada sekolah masing-masing," katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
Mengulas mengenai program itu, Nurul Syazwani berkata, program bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12 tengahari itu diketuai Puteri UMNO Bahagian Tanjong Karang, Salbiah Saari.
"Seramai 35 ahli jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Tanjong Karang terlibat dan mereka dibahagikan mengikut empat kumpulan yang bergerak ke sekolah berasingan bagi pengagihan sumbangan terbabit," katanya.
Iklan
Katanya, inisiatif pengagihan sumbangan itu dilakukan berikutan langkah kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan sesak dan tumpuan awam termasuk di sekolah berkuat kuasa mulai 1 Ogos lalu.
"Pemakaian pelitup muka amat penting dan salah satu cara terbaik memutuskan rangkaian penularan Covid-19," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Zakat Selangor sasar kutipan zakat RM1 juta warga ATM menjelang 2028"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menyasarkan kutipan zakat melalui potongan gaji warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Selangor mencecah RM1 juta menjelang 2028.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sasaran itu disokong peningkatan 64.8 peratus jumlah pembayar zakat dalam kalangan warga ATM kepada 613 orang setakat Julai tahun ini, berbanding 372 orang pada tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795359/edisi/selangor-kl/zakat-selangor-sasar-kutipan-zakat-rm1-juta-warga-atm-menjelang-2028
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZakatSelangor #ATM #AndaHeroAsnafATM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T09:56:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P201S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5v0jq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5v0jq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5v0jq"></script>