Perhilitan pasang perangkap harimau kumbang
Iklan
Anggota Perhilitan Negeri Sembilan memasang perangkap di kawasan UiTM Kuala Pilah untuk menangkap seekor harimau kumbang yang didapati berkeliaran di kampus berkenaan.
KUALA PILAH - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan memasang satu unit perangkap untuk menangkap seekor harimau kumbang yang berlegar di Universiti Teknologi Mara (UITM), Kuala Pilah.
Pengarahnya, Wan Mat Wan Harun berkata, tindakan itu diambil bagi menjamin keselamatan penduduk, sekali gus mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.
Iklan
Iklan
"Selepas menerima aduan dari pihak UITM Kuala Pilah, kita telah mengambil tindakan dengan memasang perangkap berhampiran kawasan UiTM. Lokasi itu dipercayai jadi laluan harimau berkenaan.
"Kita percaya haiwan itu datang dari dua hutan berhampiran UiTM Kuala Pilah, sama ada Hutan Simpan Pelangai atau Hutan Simpan Serting Tengah," katanya.
Iklan
Menurutnya, walaupun sangkar telah dipasang, pihaknya akan tetap melaksanakan pemantauan berterusan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku lebih-lebih lagi lokasi penemuan berhampiran dengan orang ramai.
Beliau berkata, orang ramai turut dinasihatkan tidak melakukan provokasi terhadap haiwan berkenaan dan diminta menghubungi Perhilitan untuk tindakan lanjut.
Iklan
Sebelum ini, tular di laman sosial gambar seekor harimau kumbang berkeliaran di Kampus UiTM Kuala Pilah pada Rabu lalu dan mendapat pelbagai reaksi netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Harimau kumbang berlegar-legar di UiTM Kuala Pilah
Kakitangan UiTM Kuala Pilah diminta waspada
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>