4 ADUN BN, 2 PN angkat sumpah Exco baharu Negeri Sembilan

Iklan
ADUN Repah, Koh Kim Swee (BN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah pada Jumaat.

KUALA PILAH - Seramai enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, di sini pada Jumaat.

Turut berangkat, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan kedua-dua putera baginda Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Muhriz.

Iklan
Iklan

Hadir sama, Undang Luak Sungei Ujong, Undang Luak Rembau dan Undang Luak Jelebu.

ADUN BN yang mengangkat sumpah ialah Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir(Jeram Padang), Mohamad Qayyum Abd Jalil(Senaling), Suhaimi Aini(Kota) dan daripada MCA, Koh Kim Swee(Repah).

Iklan

Dua ADUN daripada Perikatan Nasional(PN) ialah ADUN Gemas daripada Wawasan, Ridzuan Ahmad dan ADUN Bagan Pinang daripada Pas, Abdul Fatah Zakaria.

Majlis istiadat itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, ADUN BN termasuk Datuk Seri Jalaluddin Alias (Pertang) dan juga ADUN daripada Pakatan Harapan(PH).

Iklan

Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan yang berlangsung Ogos lalu menyaksikan BN memenangi 18 kerusi daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PN tujuh, sekali gus diberi mandat membentuk kerajaan negeri bagi penggal baharu.

Seramai 10 Exco telah mengangkat sumpah jawatan 7 Ogos lalu, namun pelantikan mereka telah dibatalkan dan diwartakan.

ADUN yang terlibat daripada BN ialah Datuk Mohd Faizal Ramli(Linggi), Datuk Zaifulbahri Idris(Chembong), Datuk Mustapha Nagoor(Palong) dan Datuk Mohd Asna Amin(Lenggeng).

Selain itu, Datuk Mohd Razi Mohd Ali(Sungai Lui), Siti Nur Umaira Hasim(Labu), Siow Kong Choon(Chennah) dan Suhaimizan Bizar(Gemencheh).

Dua ADUN daripada PN ialah, Mohd Fairuz Mohd Isa(Serting) dan Datuk Razali Abu Samah(Sikamat).