Masjid Razaleigh dibuka selepas PKPP ditamatkan
Iklan
Masjid Razaleigh - Foto internet
GUA MUSANG - Masjid Razaleigh yang menelan belanja RM32 juta akan dibuka selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berakhir.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau mengambil keputusan itu bagi mengelak berlakunya sebarang penularan Covid-19 berikutan kepatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan masyarakat yang semakin menurun ketika ini.
Iklan
Iklan
"Ia sepatutnya dibuka pada Jumaat depan sempena Hari Raya Aidiladha namun terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu sehingga PKPP ditarik balik.
"Selain itu, pembukaan masjid juga perlu mematuhi SOP yang ketat terutama penjarakan sosial yang boleh menimbulkan rungutan dalam kalangan jemaah,” katanya kepada pemberita selepas meninjau masjid itu di sini hari ini.
Iklan
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim, ADUN Nenggiri Ab Aziz Yusof dan ADUN Paloh Amran Ariffin.
Masjid Razaleigh yang dibina pada 2016, dikatakan menyerupai model Masjidil Haram di Mekah dan mampu memuatkan kira-kira 3,500 jemaah. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah'"><meta itemprop="description" content=""Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah. Biar terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, kami sanggup daripada meredah hutan dalam kegelapan."
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SesiPersekolahan #Keretaapi #Kelantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-11T09:29:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Zot381fOss2ed4rQn/x120"><meta itemprop="duration" content="P217S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xjjyg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xjjyg"></script>