Enam nelayan ditahan APMM
Iklan
GEORGETOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan enam nelayan termasuk empat warga Myanmar dalam sebuah bot nelayan tempatan Kelas A kerana dipercayai melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.
Kesemua mereka yang berusia di antara 19 hingga 37 tahun ditahan pada kedudukan 0.5 batu nautika dari Barat Laut, Pulau Tikus, jam 3 petang semalam dalam Op Pertiwi/Op Benteng Laut di sekitar perairan Pulau Pinang.