Bas masuk longkang

Iklan
Bas dilaporkan terbabas sendiri masuk ke dalam longkang. Foto tular

SUNGAI PETANI - Sebuah bas dilaporkan terbabas ke dalam longkang ketika melalui Jalan Kelab Cinta Sayang berdekatan Taman Peruda di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kemalangan berlaku lebih kurang jam 12.49 tengah hari membabitkan sebuah bas awam yang dilaporkan terbabas sendiri.