Taburan hujan luar biasa punca banjir kilat di LDP
Iklan
Hujan lebat berterusan petang tadi mengakibatkan banjir kilat di Kilometer 23.2 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dari Puchong Jaya menghala ke arah Bandar Puteri.
PUCHONG - Taburan hujan luar biasa melebihi 77.5 milimeter (mm) dipercayai menjadi punca banjir kilat di hadapan IOI Mall Puchong di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) petang tadi.
Jurucakap konsesi lebuh raya, Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) memaklumkan, berdasarkan rekod air mulai naik pada jam 3.20 petang namun surut sekitar jam 3.50 petang.
Iklan
Iklan
"Sejurus kejadian banjir kilat, anggota peronda Litrak menutup laluan yang terjejas dan memastikan pengguna tidak melalui laluan yang dinaiki air.
"Laluan lebuh raya kemudian dibuka semula selepas air surut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Iklan
Menurutnya, tiga pam air utama dan satu pam tambahan yang ditempatkan oleh Litrak di kawasan parkir IOI Mall beroperasi ketika kejadian itu berlaku.
"Pam berkenaan beroperasi untuk salirkan air ke kawasan lombong di belakang IOI Mall namun hujan petang tadi memang terlalu lebat,” katanya.
Iklan
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan hujan lebat berterusan mengakibatkan banjir kilat di Kilometer 23.2 berhadapan IOI Mall di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dari Puchong Jaya menghala ke arah Bandar Puteri.
Beberapa foto yang dikongsi netizen di media sosial memaparkan keadaan lokasi yang dinaiki air kira-kira jam 3.20 petang tadi.
Kejadian itu mengakibatkan kesesakan jalan raya dan dikhuatiri akan mengakibatkan kenderaan terkandas ekoran bahagian kiri jalan raya telah ditenggelami air.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Zakat Selangor sasar kutipan zakat RM1 juta warga ATM menjelang 2028"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menyasarkan kutipan zakat melalui potongan gaji warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Selangor mencecah RM1 juta menjelang 2028.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sasaran itu disokong peningkatan 64.8 peratus jumlah pembayar zakat dalam kalangan warga ATM kepada 613 orang setakat Julai tahun ini, berbanding 372 orang pada tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795359/edisi/selangor-kl/zakat-selangor-sasar-kutipan-zakat-rm1-juta-warga-atm-menjelang-2028
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZakatSelangor #ATM #AndaHeroAsnafATM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T09:56:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P201S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5v0jq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5v0jq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5v0jq"></script>