Lelaki warga Ireland yang hilang belum ditemui

Iklan
Stephen Warde - Foto www.irishtimes.com

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan Stephen Warde, 32, lelaki warga Ireland yang dilaporkan hilang sejak hujung bulan lepas masih belum ditemui.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, lelaki itu kali terakhir dilihat berada di Mercu Summer Suite di Jalan Sultan Ismail di sini pada 28 Disember lepas.

Iklan
Iklan

"Beliau masuk ke Malaysia pada 15 November 2018 dan setakat hari ini beliau masih belum ditemui, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dilakukan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Pusat Kawalan Daerah Dang wangi 03-26977099, katanya.

Iklan
Iklan

Semalam, media antarabangsa melaporkan Stephen dilaporkan hilang di Malaysia selepas anggota keluarganya gagal menghubunginya sejak tiga minggu lepas. - Bernama