KKR digesa arah LLM beri penjelasan, bukti kemampuan aplikasi TuJu - MP Kepong

Iklan
KKR digesa untuk mengarahkan LLM memberikan penjelasan bertulis dan bukti dalam tempoh tujuh hari mengenai kemampuan aplikasi TuJu. Gambar kecil: Lip Eng

SHAH ALAM - Kementerian Kerja Raya (KKR) digesa untuk mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memberikan penjelasan bertulis dan bukti dalam tempoh tujuh hari mengenai kemampuan aplikasi TuJu.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, mereka perlu memberitahu berhubung taklimat kepada Perdana Menteri, pemilihan syarikat Prosignal, kemungkinan konflik kepentingan, keselamatan data pengguna dan sebarang tanggungan kewangan LLM.

Iklan
Iklan

"Jika terbukti berlaku kecuaian serius atau salah laku, tindakan tegas mesti diambil. Jangan jadikan pegawai bawahan kambing hitam sedangkan keputusan dibuat oleh pengurusan tertinggi," ujarnya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, pengurusan tertinggi LLM perlu bertanggungjawab sekiranya didapati menyampaikan maklumat tidak tepat berhubung fungsi aplikasi navigasi TuJu.

Iklan

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sebarang maklumat yang disampaikan wakil LLM dalam mesyuarat berkaitan isu berkenaan perlu dipertanggungjawabkan oleh pihak organisasi terbabit.

Tambah Lim Lip Eng, pihaknya mengalu-alukan kenyataan Fahmi bahawa pengurusan perlu bertanggungjawab sekiranya kerajaan diberikan maklumat mengelirukan mengenai kemampuan aplikasi TuJu.

Iklan