CSA: Kelebihan strategik kepada Anwar
Iklan
Penganalisis berpandangan perjanjian itu memberikan kerajaan pilihan sokongan sampingan yang lebih kukuh sekiranya BN bertindak menarik diri daripada kerajaan. Gambar kecil: Syed Agil (atas) dan Mohd Azhar (bawah)
KUALA LUMPUR – Pemeteraian Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) antara Parti Bersatu, Ahli Parlimen Muar daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta enam Ahli Parlimen Bebas memberikan kelebihan strategik kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari sudut percaturan politik.
Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Alsagoff berkata, perjanjian itu memberikan kerajaan pilihan sokongan sampingan yang lebih kukuh sekiranya Barisan Nasional (BN) bertindak menarik diri daripada kerajaan.