DBKL angkut kenderaan buruk, tersadai

Iklan
Antara kereta yang diangkut oleh DBKL di kawasan Segambut dan Cheras semalam.

KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh kenderaan ditunda ke Depoh Simpanan Taman Connaught, Cheras oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam.

Unit media DBKL di Facebook rasminya memaklumkan, tindakan itu dilaksanakan terhadap kenderaan buruk dan tersadai di kawasan Segambut dan Cheras.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, tindakan diambil hasil daripada pemantauan dan aduan awam.

"Antara yang diangkut termasuk Proton Wira, Proton Saga dan Proton Iswara yang diletakkan di lorong belakang kedai dan petak parkir.

Iklan
Iklan

"Bantu kami dengan menyalurkan maklumat ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran untuk memastikan Kuala Lumpur sentiasa bersih dan kemas daripada kenderaan buruk dan tersadai," kata kenyataan itu.