Pekerja Filipina maut tertimbus tanah runtuh
Iklan
SIBU - Seorang pekerja warga Filipina maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh sedalam kira-kira 3.05 meter, ketika membuat kerja-kerja kimpalan paip di Loji Rawatan Air Jalan Nyabau, Bintulu, kira-kira 216 kilometer dari sini petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak berkata, jentera pengaut terpaksa digunakan untuk mengeluarkan mayat Perez Antonio Secuya, 41, dari timbunan tanah itu kira-kira jam 4.33 petang.