Budak 2 tahun terperangkap dalam kereta
Iklan
Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta yang berkunci bagi mengeluarkan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun terperangkap di Taman Air Biru, Pasir Gudang hari ini.
PASIR GUDANG - Seorang kanak-kanak berusia dua tahun terperangkap dalam kereta semasa ditinggalkan ibunya di bahagian parkir depan rumah flat Taman Air Biru di sini hari ini.
Dalam kejadian pada jam 6.04 petang itu, Nur Aishah Kamarudin dipercayai ditinggalkan seorang diri untuk sementara waktu dalam kereta itu.
Iklan
Iklan
Ibu bapanya yang datang semula mendapati pintu kereta Naza Citra berkenaan sudah terkunci dan cuba membukanya, bagaimanapun tidak berjaya.
Buntu dengan keadaan tersebut, ibu kanak-kanak itu kemudian menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang untuk bantuan.
Iklan
Seramai lapan anggota dari BBP Pasir Gudang dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.
Ketua Operasinya, Mohd Yusri Atan berkata, sejurus tiba mendapati kanak-kanak tersebut berada dalam kereta yang sudah dimatikan enjinnya.
Iklan
"Kunci kereta tersebut tertinggal dalam kenderaan berkenaan. Kita mengambil masa tidak sampai 20 minit untuk membuka pintu kereta itu dengan menggunakan peralatan khas.
"Kanak-kanak itu bagaimanapun tidak panik atau menangis semasa bomba melakukan operasi. Dia selamat dikeluarkan dan operasi tamat pada jam 6.19 petang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>