Kes Covid-19 meningkat dua minggu selepas kempen pilihan raya Trump

Iklan
Terdapat jumlah kes yang tinggi dilaporkan minggu ini di Tulsa, bandar kedua terbesar di Oklahoma.

WASHINGTON - Bandar Tulsa di Amerika Syarikat (AS), kawasan Presiden Donald Trump mengadakan kempen pilihan raya presiden pertamanya di tengah-tengah wabak Covid-19, 20 Jun lalu menyaksikan peningkatan kes baharu, lapor agensi berita Xinhua.

Terdapat jumlah kes yang tinggi dilaporkan minggu ini di Tulsa, bandar kedua terbesar di negeri Oklahoma, AS dengan hampir 500 kes dalam masa dua hari dan menyaksikan trend peningkatan, kata pengarah eksekutif Jabatan Kesihatan Tulsa Dr Bruce Dart pada sidang media, Rabu.

Iklan
Iklan

Menurut laporan CNN, ada penurunan kes sebanyak 20 peratus pada 28 Jun hingga 4 Julai.

Jabatan Kesihatan Tulsa melaporkan 266 kes baharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,571.

Iklan

Dart berkata, terdapat beberapa acara besar berlaku sepanjang dua minggu yang lalu, termasuk kempen.

"Kempen Presiden berlaku 18 hari yang lalu, semua yang hadir telah diperiksa suhu badan mereka dan diberi pelitup muka dan pensanitasi tangan turut disediakan," kata pengarah komunikasi kempen Trump, Tim Murtaugh.

Iklan

Kira-kira 6,200 orang menghadiri kempen itu, menurut Jabatan Bomba Tulsa. Sebilangan besar mereka tidak memakai pelitup muka. - Bernama