Mayat remaja perempuan dalam beg: Lelaki Australia mengaku tidak bersalah

Iklan
Mayat mangsa ditemukan dalam sebuah bagasi berhampiran landasan kereta api di Pattaya, selatan Bangkok pada 27 Jun lalu. - Foto Agensi

BANGKOK - Seorang lelaki Australia yang didakwa membunuh seorang remaja perempuan warga Thailand berusia 17 tahun sebelum memasukkan mayatnya ke dalam sebuah beg pakaian mengaku tidak bersalah ketika prosiding pada Jumaat.

Simon Peter Carman, 45, ditahan di sebuah lapangan terbang di Bangkok pada 26 Jun lalu ketika mahu pulang ke Australia selepas rakan mangsa melaporkan kehilangannya.

Iklan
Iklan

Mayat mangsa ditemukan dalam sebuah bagasi berhampiran landasan kereta api di Pattaya, selatan Bangkok pada keesokan harinya.

Polis memaklumkan mangsa dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas.

Iklan

Carman yang hadir di Mahkamah Wilayah Pattaya mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh, menyembunyikan mayat dan membawa kanak-kanak bawah umur bagi tujuan tidak senonoh.

Prosiding seterusnya ditetapkan pada 12 Oktober depan.

Iklan

Sebelum ini, polis berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Carman memasuki sebuah kondominium di Pattaya bersama mangsa pada awal pagi 25 Jun sebelum keluar pada petang hari sama sambil membawa sebuah beg pakaian besar berwarna hitam.

Kes berkenaan kembali menarik perhatian terhadap Pattaya yang terkenal dalam kalangan pelancong asing kerana pantai dan kehidupan malamnya, namun turut mempunyai reputasi buruk sebagai destinasi pelancongan seks. - AFP