AS terus bekal senjata kepada Saudi

Iklan
Urus niaga kira-kira 48 jet pejuang halimunan F-35 itu menjadi pembelian senjata terbaharu Saudi dari Washington. - Foto Agensi

WASHINGTON – AS memberi lampu hijau kepada penjualan kira-kira 48 jet pejuang halimunan F-35 kepada Arab Saudi dalam perjanjian bernilai sehingga AS$24.3 bilion (RM99.1 bilion) meskipun wujud kebimbangan teknologi sensitif pesawat itu boleh jatuh ke tangan China.

Jabatan Negara AS meluluskan pakej berkenaan pada Khamis yang turut merangkumi 49 enjin Pratt & Whitney, peralatan komunikasi, alat ganti serta kelengkapan sokongan lain.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, cadangan jualan itu masih tertakluk kepada semakan Kongres selama 30 hari dan belum dimuktamadkan.

Kedutaan Saudi di Washington turut menyambut baik cadangan itu sebagai langkah lanjut kerjasama pertahanan kedua-dua negara.

Iklan

Penjualan F-35 itu adalah pembelian senjata besar terbaharu Saudi pada tahun ini. Pada awal September, AS turut meluluskan penjualan lebih 10,000 butir bom bernilai AS$5 bilion (RM20.4 bilion) termasuk bom seberat 907 kilogram kepada Riyadh.

Washington turut membenarkan perolehan 60 enjin kereta kebal dan peralatan berkaitan bernilai AS$750 juta (RM3.06 bilion) setelah meluluskan perjanjian bernilai AS$1.96 bilion (RM8 bilion) bagi membolehkan Saudi membeli sistem panduan untuk menukar roket kepada senjata berketepatan tinggi. - Agensi

Iklan