Tiada halangan sekolah, PIBG beli sendiri
Iklan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) tidak mempunyai halangan untuk pihak sekolah atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) membeli pengimbas haba inframerah menggunakan dana sendiri.
SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) tidak mempunyai halangan untuk pihak sekolah atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) membeli pengimbas haba inframerah menggunakan dana sendiri.
Pengarahnya, Izmi Ismail bagaimanapun berkata, buat masa ini hanya pengimbas haba yang biasa dibekalkan di sekolah-sekolah.
Iklan
Iklan
"Buat masa ini di setiap sekolah kita bekalkan pengimbas haba biasa dan bukannya jenis yang berteknologi tinggi disebabkan kos yang mahal.
"Saya melihat tidak ada satu keperluan mendesak untuk mendapatkan pengimbas haba berteknologi tinggi ini. Bagaimanapun, kita tidak halang sekiranya sekolah ada bajet sendiri untuk membelinya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.
Iklan
Sebelum ini, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) berpandangan penggunaan alat pengimbas haba inframerah akan mengelakkan tugas hakiki guru sekolah terganggu.
Presiden iGuru, Mohd Azizee Hasan berkata, penggunaan alat pengimbas suhu digital biasa memerlukan guru untuk memantau tugas saringan suhu badan murid yang dilakukan pengawal keselamatan.
Iklan
Sementara itu, mengenai prosedur operasi standard (SOP) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru iaitu sekolah yang mempunyai kepadatan pelajar yang tinggi di negara ini, Izmi berkata, pelbagai langkah akan diambil oleh pihak sekolah dan jabatan dalam memastikan kelancaran ketika pembukaannya kelak.
"SMK Meru akan menyediakan 20 kaunter untuk ambil suhu pelajar. Seramai 2,000 pelajar bagi satu sesi dan purata satu kaunter untuk 100 pelajar.
"Setakat ini perancangan yang diambil amat rapi. Semua ini kita akan lihat pada 15 Julai nanti,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>