UiTM Selangor peruntuk RM27 juta naik taraf kolej kediaman
Iklan
Ahmad Taufek (kanan) sedang mendengar taklimat daripada pihak pengurusan kampus bagi mengenal pasti keperluan penyelenggaraan serta penambahbaikan.
SHAH ALAM - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor sentiasa cakna terhadap keperluan dan kebajikan mahasiswa dengan memperuntukkan hampir RM27 juta bagi melaksanakan kerja pembaikan, penyelenggaraan dan naik taraf kolej kediaman.
Kerja berkenaan dilaksanakan secara berperingkat bagi meningkatkan kualiti infrastruktur dan memenuhi keperluan semasa mahasiswa, selaras dengan komitmen universiti dalam menyediakan persekitaran kediaman yang selamat, selesa dan kondusif sepanjang tempoh pengajian.
Iklan
Iklan
Rektor UiTM Cawangan Selangor, Prof. Dr.Ahmad Taufek Abdul Rahman berkata, antara skop kerja yang dilaksanakan termasuk pengecatan semula bangunan, pembaikan bumbung dan siling, penggantian perabot serta penyelenggaraan sistem pendawaian elektrik dan pencahayaan.
"Ia turut merangkumi pembaikan sistem perpaipan serta penambahbaikan kemudahan tandas, bilik mandi dan ruang guna sama mahasiswa.
Iklan
"Pihak UiTM sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan mahasiswa, khususnya berkaitan penyediaan kemudahan asas di kolej kediaman. Kemudahan kediaman berkualiti merupakan elemen penting dalam menyokong pengalaman pembelajaran, kesejahteraan dan pembangunan mahasiswa secara holistik," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Ahmad Taufek berkata, pengurusan fasiliti kampus bukan sekadar membaiki kerosakan, sebaliknya memerlukan perancangan penyelenggaraan yang sistematik, pemantauan berkala dan tindakan proaktif bagi memastikan setiap kemudahan sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna.
Iklan
Jelasnya lagi, pendekatan berkenaan membolehkan keperluan penyelenggaraan dan penambahbaikan kemudahan dikenal pasti serta ditangani secara terancang.
"Kami merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Pengurusan Tertinggi UiTM atas sokongan serta peruntukan yang disalurkan, sekali gus mencerminkan keprihatinan terhadap kebajikan mahasiswa dan kepentingan penyediaan kemudahan pendidikan tinggi yang berkualiti.
“Setiap peruntukan yang diterima akan dimanfaatkan secara optimum, berhemah dan berlandaskan prinsip tadbir urus yang baik bagi memastikan mahasiswa menerima manfaat secara langsung,” katanya.
Mengulas lanjut pengurusan fasiliti di UiTM tersebut, pihaknya komited untuk memastikan fasiliti kampus diurus dan diselenggara secara terancang dan berterusan.
Tambahnya lagi, usaha tersebut bukan sahaja penting bagi memelihara aset universiti dalam jangka panjang, malah memastikan ekosistem pendidikan yang mengutamakan keselamatan, keselesaan dan kualiti kehidupan mahasiswa dapat diwujudkan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>