Maut terkena renjatan elektrik

Iklan
Tok Beng Yeow

KULAI - Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika sedang membaiki lampu meja di rumahnya di Jalan Badik, Kampung Melayu di sini semalam.

Dalam kejadian pada jam 6 pagi itu, keadaan mangsa yang berusia 39 tahun itu disedari isterinya yang melihat lelaki itu terbaring berhampiran sebuah meja sebelum menghubungi polis.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lecur warna kehitaman pada paha kiri mangsa dan disahkan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk bedah siasat.

Iklan

Menurutnya, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan pemeriksaan di tempat kejadian dan mendapati berlaku renjatan elektrik.

Kata beliau, kejadian berpunca daripada pendawaian dalaman pengguna dan tidak melibatkan pemasangan daripada pihak TNB.

Iklan

Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat daripada hospital.