Kerajaan disaran beri pengecualian cukai kepada penyumbang

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian semalam.

SHAH ALAM - Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia menyarankan kerajaan supaya memberikan pelepasan cukai kepada syarikat korporat, persatuan alumni atau orang persendirian yang memberikan sumbangan bagi membeli alat pengimbas haba untuk kegunaan di sekolah.

Naib Presidennya, Datuk Mohamed Sabri Mohd Arsad berkata, ia bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai pihak tampil menghulurkan sumbangan dan ia juga satu bentuk penghargaan.

Iklan
Iklan

"Saya fikir ini cara terbaik untuk menggalakkan lebih ramai tampil menghulurkan sumbangan. Kerajaan dan Kementerian Pendidikan perlu memainkan peranan mereka.

"Saya berpendapat idea mengadakan kutipan umum bagi membeli kelengkapan ini suatu yang bagus dan perlu diperluaskan. Ia memberi kemudahan kepada sekolah dan juga pelajar di sekolah," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Iklan

Beliau berkata, sudah tiba masanya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan alumni berganding bahu membantu sekolah.

"Inilah masanya kita benar-benar berperanan membantu sekolah. Ini tugas baharu kita di saat sekolah dan pelajar memerlukan yang terbaik.

Iklan

"Pembelian alat pengimbas haba ini juga bertujuan untuk kegunaan masa panjang. Covid-19 belum berakhir dan jika ia sudah berakhir sekalipun ia boleh menjadi salah satu persediaan awal untuk masa depan," katanya.