Hanya 36 peratus murid Tabika KEMAS kembali ke sekolah

Iklan
Mohd Yasid (dua dari kiri) beramah mesra dengan seorang murid di Tabika Pintar Stream Taman Tuanku Ja'afar sambil diperhatikan Pengarah KEMAS Negeri Sembilan, Muhamad Abu Bakar (kiri) di Seremban hari ini.

SEREMBAN - Dianggarkan hanya 36 peratus daripada jumlah keseluruhan 220,000 murid Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kembali memulakan sesi persekolahan semalam.

Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Yasid Bidin berkata, setakat semalam, hanya 80,000 murid hadir memulakan sesi persekolahan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, terdapat ibu bapa yang masih ragu-ragu dan bimbang untuk menghantar anak mereka ke sekolah susulan wabak koronavirus (Covid-19).

"Jika ibu bapa masih ragu-ragu nak hantar anak ke sekolah, kita tidak paksa. Tapi jangan bimbang kerana kita amalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Iklan

"Kita bukan saja kawal kemasukan orang luar, malah ibu bapa yang menghantar anak pun hanya dibenarkan berada setakat pintu tadika sahaja dan mereka juga perlulah berada dalam keadaan sihat," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Tabika KEMAS Pintar Pendidikan Sains, Teknologi, Agama, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (Stream) Taman Tuanku Jaafar di sini hari ini.

Mohd Yasid berkata, berdasarkan pemerhatian beliau dalam tinjauan dan maklumat diterima, sesi pengajaran dan pembelajaran (PnP) di semua Tadika KEMAS yang bermula semalam berjalan lancar.

Iklan

Bagaimanapun, beliau berkata, disebabkan kehadiran murid bergantung kepada keluasan bilik darjah, sistem penggiliran terpaksa dibuat dan apa sahaja maklumat akan dimaklumkan secara terus kepada Ibu bapa.

Dalam perkembangan lain, Mohd Yasid berkata, disebabkan Covid-19, sasaran kerajaan untuk menambah lebih banyak Tabika KEMAS Pintar Stream pada tahun ini terpaksa ditangguhkan.

"Setakat ini, setiap negeri hanya ada satu Tabika Stream kerana kita tak dapat buka tadika baru berikutan kekangan Covid-19. Tapi kita akan tambah nanti memandangkan permintaan menggalakkan daripada masyarakat," katanya.