Lagi pemandu mabuk ditahan
Iklan
Antara yang diperiksa dalam Op Alkohol di sekitar daerah Petaling Jaya malam tadi.
PETALING JAYA - Polis daerah ini mengesan masih ada pemandu yang mengambil sikap sambil lewa dengan mengabaikan undang-undang apabila memandu dalam keadaan mabuk.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesalahan itu dikesan menerusi Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah di beberapa lokasi di sekitar daerah ini malam tadi.
Iklan
Iklan
Menurutnya, operasi bermula jam 11 malam itu telah memeriksa seramai 212 pengguna jalan raya dan 170 buah kenderaan.
"Daripada jumlah itu, seramai empat lelaki berusia 36 hingga 48 tahun telah ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.
Iklan
"Tindakan telah diambil di bawah Seksyen 45(A)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Op Alkohol bermula jam 11 malam itu telah memeriksa seramai 212 pengguna jalan raya dan 170 buah kenderaan.
Beliau berkata, selain itu operasi ini turut mengeluarkan sebanyak 20 saman atas pelbagai kesalahan trafik.
Iklan
Katanya, fokus utama operasi ini dilaksanakan adalah bertujuan bagi membanteras dan mencegah pengguna jalan raya yang memandu di bawah pengaruh alkohol sekaligus boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.
"Kita akan terus melaksanakan operasi ini khususnya kepada semua pengguna jalan raya yang melalui kawasan di dalam pentadbiran Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Selangor tutup kaedah penternakan babi tradisional cemar sungai, alam sekitar'"><meta itemprop="description" content="'Selangor tutup kaedah penternakan babi tradisional cemar sungai, alam sekitar'
Kerajaan Selangor mengambil langkah awal untuk menamatkan sepenuhnya kaedah penternakan babi secara tradisional di Tanjung Sepat, Kuala Langat yang terbukti mencetuskan pencemaran, sebelum beralih kepada konsep penternakan moden yang diusahakan oleh pihak swasta.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendekatan itu selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu isu pencemaran akibat aktiviti penternakan di Tanjung Sepat, Kuala Langat ditangani segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763821/edisi/selangor-kl/selangor-tutup-kaedah-penternakan-babi-tradisional-cemar-sungai-alam-sekitar---amirudin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #AmirudinShari #Selangor #PenternakanBabi #Pencemaran #AlamSekitar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-13T05:08:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZpVlE1fPTDEv6vuuR/x120"><meta itemprop="duration" content="P141S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9xn4jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9xn4jy"></script>