Projek baharu MLD perkukuh kesejahteraan komuniti Kepong

Iklan
Hannah menyampaikan cenderahati kepada wakil perniagaan di di Kepong'Gi Square, Kuala Lumpur pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Metropolitan Lake Development Sdn Bhd (MLD) berhasrat mengambil inisiatif membina bangunan setinggi 10 tingkat untuk dijadikan pusat komuniti dan kebudayaan di Kepong.

Pengarah MLD,

Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
berkata, usaha itu dilihat dapat membantu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memastikan lokasi berkenaan terus terpelihara selain kekal sebagai tumpuan komuniti.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, Kepong’Gi diiktiraf sebagai antara lokasi hartanah yang pesat membangun di Kuala Lumpur, dengan peningkatan nilai hartanah yang hampir berganda sejak fasa awal pembangunan.

"Bangunan yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun itu akan menempatkan aktiviti seperti kebudayaan, pendidikan Islam bagi membantu saudara baharu kita dan juga klinik kesihatan termasuk perubatan tradisional cina (TCM).

Iklan

"Kita sudah pun mendapat 'lampu hijau' daripada DBKL dan langkah seterusnya untuk dapatkan kelulusan untuk dibangunkan pusat komuniti ini," katanya.

Beliau ditemui pada program pelancaran Dewan Perniagaan Cina Muslim dan Silaturrahim Komuniti Kepong'Gi di Kepong'Gi Square bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh di sini pada Sabtu.

Iklan

Pada program itu, Hannah turut mengadakan sesi walkabout dan ramah mesra bersama para pengusaha perniagaan di Kepong’Gi Square bagi mendengar pandangan, memahami cabaran serta meneliti keperluan dan aspirasi komuniti setempat.

Selain itu, seramai 100 orang menerima angpau sempena sambutan Kongsi Raya sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap kebajikan serta kesejahteraan komuniti.

Raja Nong Chik berkata, lawatan Hannah mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh kesejahteraan komuniti, memperkasa ekonomi tempatan serta memastikan pembangunan bandar yang inklusif dan berdaya saing.

"Lawatan itu turut menandakan kejayaan penyiapan projek pembangunan Kepong’Gi oleh MLD yang sebelum ini berdepan cabaran pandemik Covid-19 hingga memberi kesan ketara kepada sektor hartanah dan ekonomi secara keseluruhan.

"Walaupun terdapat keraguan terhadap keupayaan projek ini untuk disiapkan dalam tempoh yang mencabar, pihak pemaju berjaya merealisasikan pembangunan tersebut," katanya.