Sang bedal muncul di Pantai Irama
Iklan
Orang ramai yang berkunjung ke Pantai Irama di sini digemparkan dengan kehadiran seekor buaya yang muncul secara tiba-tiba di kawasan perkelahan tersebut.
BACHOK - Orang ramai yang berkunjung ke Pantai Irama di sini digemparkan dengan kehadiran seekor buaya yang muncul secara tiba-tiba di kawasan perkelahan tersebut.
Kehadiran reptilia yang terkenal dengan jolokan sang bedal itu disedari oleh seorang kaki pancing pada jam 10 pagi tadi.
Iklan
Iklan
Berita kemunculan sang bedal itu kemudian tular apabila rakaman video berdurasi 24 saat tersebut dikongsi oleh pengguna laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan berita kemunculan reptilia itu adalah benar sebagaimana yang ditularkan oleh orang ramai.
Iklan
"Langkah awal yang telah kita ambil ketika ini ialah dengan melakukan rondaan dan pemantauan bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya.
Menurutnya, bukan itu sahaja, polis turut memberikan nasihat kepada para pengunjung dan penduduk yang tinggal berhampiran kawasan tersebut supaya tidak turun ke pantai buat sementara waktu.
Iklan
Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya terus membuat laporan sekiranya kelibat pak bedal itu muncul semula di Pantai Irama.
"Langkah itu bagi memudahkan tindakan segera diambil,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Pegawai APM Daerah Bachok, Leftenan Mohd Faizal Mohamed berkata, kali terakhir reptilia itu dilihat muncul di kawasan Pantai Irama antara jam 5 hingga 6 petang.
Katanya, sang bedal itu dilihat berenang-renang sekitar 500 meter dari kawasan pantai.
"Buat masa ini APM Daerah Bachok masih lagi menjalankan pemantauan di lokasi kejadian,” katanya.
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.