Wajar turunkan harga tambang, kata pakar penerbangan

Iklan
Pengurangan tambang kapal terbang dijangka menarik lebih ramai penumpang.

SHAH ALAM - Syarikat penerbangan di Malaysia wajar menurunkan harga tambang kerana pesawat-pesawat sudah dibenarkan membawa kapasiti penumpang penuh.

Pakar penerbangan, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata, mereka perlu menurunkan tambang bagi menggalakkan lebih ramai penumpang mengambil peluang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Iklan
Iklan

"Sebelum ini, semua penerbangan domestik yang dibenarkan perlu mempunyai penjarakan sosial. Ini mengakibatkan penerbangan yang dilaksanakan tidak menjadi kos efektif. Maka, syarikat terpaksa mengenakan bayaran tiket yang tinggi,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Abdul Rahmat berkata, syarikat penerbangan sepatutnya bekerjasama dengan pihak yang terlibat dalam industri pelancongan seperti perhotelan, pengangkutan dan restoran dengan memperkenalkan pakej menarik supaya menarik lebih ramai pelancong domestik.

Iklan
Malindo Air merupakan antara syarikat penerbangan di Malaysia yang menjadi pilihan orang ramai. - Foto 123RF

Beliau turut memberi contoh pakej untuk ahli perniagaan diperkenalkan supaya golongan itu cenderung menggunakan perkhidmatan penerbangan yang mempunyai pakej sewa kereta.

Ditanya mengenai jumlah peratusan operasi bagi syarikat penerbangan di negara ini, Abdul Rahmat berkata, beliau kurang pasti kerana ia berbeza bagi setiap syarikat.

Iklan

"Itu terpulang kepada syarikat penerbangan tersebut untuk merancang penerbangan domestik mereka.

"Untuk penerbangan antarabangsa, penerbangan dengan penumpang masih belum dibolehkan.

"Syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines dan AirAsia kini mengoperasikan penerbangan kargo antarabangsa atau bercadang untuk mengoperasikannya,” kata beliau.