Empat jalan di Muar tidak boleh dilalui
Iklan
MUAR - Empat jalan di daerah Muar tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan selepas dinaiki air sejak pagi ini berikutan hujan lebat.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah ( JPBD) Muar memaklumkan jalan tersebut adalah Jalan Bakri Batu 9, Jalan Bakri Batu 10, Jalan Kangkar Senangar dan Jalan Dato Haji Kosai.