PH perlu segera buat keputusan

Iklan
Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Mohamad

ISU siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri kesembilan sekiranya Pakatan Harapan (PH) kembali menjadi kerajaan Pusat perlu diurus dengan segera dan secara dalaman.

Ini kerana, semakin lama PH tidak menyelesaikan isu tersebut, selama itulah rakyat melihat sesuatu berlaku antara kem Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kem Tun Dr Mahathir Mohamad.

Iklan
Iklan

Minggu lalu, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, keputusan siapa bakal Perdana Menteri PH akan diumumkan Selasa lalu namun ia tidak berlaku.

Ketiadaan pengumuman itu membuatkan pemerhati politik semakin tertanya-tanya.

Iklan

Selasa minggu lalu juga, satu mesyuarat bersama pimpinan PH berlangsung di ibu pejabat PKR dipengerusikan Anwar dengan panel utama terdiri daripada Dr Mahathir dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Turut berada dalam mesyuarat itu ialah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selain kepimpinan tertinggi setiap parti.

Iklan

Bagaimanakah PH mahu merampas Putrajaya kembali daripada Perikatan Nasional (PN) sekiranya mereka sendiri tiada calon Perdana Menteri?

Semalam, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke mengeluarkan satu kenyataan bahawa parti itu membuat keputusan menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Kata Anthony lagi, Anwar boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri. Jadi di manakah pendirian Anwar sebagai Presiden PKR? Mungkinkah drama ini akan menjadi lebih menarik jika kedua-dua Anwar dan Dr Mahathir bersetuju menamakan orang ketiga menjadi Perdana Menteri kesembilan bagi meredakan keadaan dan mewujudkan win-win situation.

Satu lagi persoalan menarik, selain Anwar dan Dr Mahathir, siapakah pemimpin lain yang layak menjadi Perdana Menteri dalam PH?

Dalam situasi wabak koronavirus yang masih menjadi ancaman sekarang, lebih baik sekiranya semua pihak bersama-sama membantu barisan hadapan daripada menimbulkan polemik yang tidak menguntungkan rakyat.