Taman Eko-Rimba dibuka bulan depan
Iklan
Semua 14 Taman Eko-Rimba dan aktiviti pendakian gunung di Hutan Simpan Kekal tanpa bermalam akan mula beroperasi berkuatkuasa pada 1 Julai depan. Gambar hiasan.
IPOH - Semua 14 Taman Eko-Rimba dan aktiviti pendakian gunung di Hutan Simpan Kekal tanpa bermalam akan mula beroperasi berkuatkuasa pada 1 Julai depan.
Notis Jabatan Perhutanan Perak memaklumkan aktiviti tersebut boleh dilakukan bermula 8 pagi hingga 4.30 petang.
Iklan
Iklan
"Operasi berkenaan mengambil kira keperluan jabatan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
"Proses nyahkuman dan disinfeksi di semua taman dilaksanakan, menyediakan kelengkapan serta peralatan saringan kesihatan dan lain-lain keperluan sebelum dibuka kepada orang awam,” katanya.
Iklan
Menurutnya, pengunjung dinasihatkan sentiasa memakai pelitup muka, menggunakan cecair pembasmi kuman dan mengamalkan penjarakan sosial satu meter.
"Ini bagi mengelakkan risiko jangkitan wabak Covid-19 dalam kalangan pengunjung,” katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan"><meta itemprop="description" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #dakwaanbuli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-10T04:37:08.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P97S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbkofdm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbkofdm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbkofdm"></script>