Dua kenderaan terbalik di Plaza Tol Setia Alam
Iklan
Kenderaan mangsa terbalik dirempuh dari belakang dalam kejadian berlaku di Plaza Tol Setia Alam pagi tadi.
SHAH ALAM - Tindakan seorang wanita untuk menukar lorong sewaktu tiba di Plaza Tol Setia Alam, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) mengundang tragedi apabila keretanya dirempuh sebuah kenderaan lain dalam kejadian pagi tadi.
Ekoran rempuhan kuat itu, kedua-dua kereta berkenaan turut terbalik dan dilaporkan mengalami kerosakan teruk.
Iklan
Iklan
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu sekitar jam 11 pagi dan siasatan awal turut dijalankan di lokasi kejadian.
"Siasatan awal mendapati dua kenderaan berkenaan sedang menuju memasuki Plaza Tol Setia Alam sebelum kejadian itu berlaku.
Iklan
"Sewaktu di plaza tol, pemandu wanita itu dipercayai cuba menukar laluan ke lorong Smart Tag namun dilanggar oleh sebuah kereta jenis Proton Persona dipandu seorang lelaki berusia 58 tahun yang datang dari arah belakang menuju ke lorong sama.
"Akibatnya, kedua-dua kereta itu terbalik dan mengalami kerosakan teruk," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Iklan
Mengulas lanjut, Azman berkata, berikutan itu, pemandu wanita berusia 46 tahun berkenaan cedera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Beliau berkata, pemandu lelaki terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan serius susulan kemalangan itu.
"Buat masa ini, mangsa wanita itu dipercayai patah bahu dan masih menerima rawatan di HTAR. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Zakat Selangor sasar kutipan zakat RM1 juta warga ATM menjelang 2028"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menyasarkan kutipan zakat melalui potongan gaji warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Selangor mencecah RM1 juta menjelang 2028.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sasaran itu disokong peningkatan 64.8 peratus jumlah pembayar zakat dalam kalangan warga ATM kepada 613 orang setakat Julai tahun ini, berbanding 372 orang pada tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795359/edisi/selangor-kl/zakat-selangor-sasar-kutipan-zakat-rm1-juta-warga-atm-menjelang-2028
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZakatSelangor #ATM #AndaHeroAsnafATM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T09:56:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P201S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5v0jq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5v0jq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5v0jq"></script>