PRK DUN Chini: Calon bebas disaran tidak bertanding
Iklan
Md Sohaimi Mohamed Shah
KUANTAN- Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Pahang menggesa mana-mana pihak melakukan pengorbanan dengan menarik semula niat atau hasrat bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini memandangkan negara masih lagi menghadapi krisis pandemik koronavirus (Covid-19).
Pengerusinya Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah berkata, gesaan itu bukan untuk menafikan demokrasi dan hak individu bertanding dalam PRK tersebut tetapi atas pertimbangan terhadap isu Covid-19 yang perlu dipertimbangkan dengan lebih rasional.
Iklan
Iklan
Menurutnya, atas pertimbangan itu, BBC Pahang senada dengan gesaan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengharapkan calon UMNO diberi laluan pada PRK Chini tanpa bertanding berikutan permasalahan Covid-19.
"Umum tahu ketika ini negara masih bergelut untuk memutuskan rantaian Covid-19 dan pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan bagi memutuskan rangkaian virus bahaya ini.
Iklan
"Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri juga akur pilihan raya tidak sesuai diadakan pada waktu ini begitu juga pendirian PKR yang mengumumkan tidak akan meletakkan calonnya untuk PRK Chini ini disebabkan masalah Covid-19," katanya melalui satu kenyataan di sini, hari ini.
PRK Chini diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Datuk Seri Abu Bakar Harun pada 6 Mei lalu akibat serangan jantung.
Iklan
Allahyarham Abu Bakar berjaya mempertahankan kerusi itu selama empat penggal bermula PRU11.
Pada PRU14 lalu, Allahyarham sekali lagi mendapat mandat pengundi apabila menang selesa dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 4,622 undi mengalahkan calon PAS yang hanya memperoleh 5,405 undi manakala calon PKR hilang wang pertaruhan apabila hanya meraih 1,065 undi.
PRK Chini akan bermula 20 Jun bagi penamaan calon manakala 30 Jun ditetapkan sebagai hari pengundian awal dan 4 Julai sebagai hari pengundian.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>