PRN Sarawak: GPS menang 30 kerusi tanpa bertanding - Abang Johari

Iklan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) yang juga calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.26 Gedong diumumkan menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 di Pusat Penamaan Calon, Dewan Masyarakat Gedong hari ini. Foto Bernama

GEDONG - Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memenangi 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Abang Johari yang juga Pengerusi GPS berkata, kemenangan itu mencerminkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan dan pentadbiran gabungan berkenaan dalam menerajui pembangunan Sarawak.

Iklan
Iklan

Beliau berkata perkembangan itu turut menunjukkan rakyat mahu kesinambungan agenda pembangunan yang sedang dilaksanakan kerajaan negeri demi masa depan Sarawak.

"Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana adanya keyakinan rakyat di Sarawak terhadap pentadbiran GPS yang menguruskan negeri ini,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tamat proses penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.26 Gedong di Dewan Masyarakat Gedong di sini hari ini. - Bernama

 

Iklan